101912_0352_Mengenalsil1.jpgDalam sebuah  Kongres Kependetaan Antarabangsa dari Jemaat Tuhan (Hari Ketujuh) 5 hingga 10 Disember 1994, yang diterbitkan dalam Bible Advocate Februari 1995 dibahaslah tentang Ketuhanan Yesus, mereka mulai jeli dan sadar bahwa selama ini mereka dibodohi oleh doktrin doktrin yang menggelikan,posisi Yesus sebagi “tuhan”pun mulai mereka rongrong

yuk kita simak kutipan kutipan analisis mereka

3.Adakah Kristus mempunyai sifat tuhan dan, jika ya, bagaimana?

3.1 Kristus dipercayai mempunyai sifat Tuhan melalui Roh Kudus. Maka dia dalam rupa Tuhan. Dia tidak cuba mencapai kesetaraan dengan Tuhan (Filipi 2:6, Marshall’s Interlinear RSV dan seterusnya, bukan KJV). Dia telah mengosongkan dirinya dan mengambil rupa seorang hamba dan dilahirkan sama seperti manusia. Dan dalam rupa manusia dia merendahkan dirinya dan taat sampai mati, malah mati atas stauros, pancang yang dipanggil salib (Filipi 2:7-8). Begitu juga, umat pilihan sama-sama berkongsi dalam sifat atau kodrat ilahi ini (2Petrus 1:4).

 

Jadi kita lihat bahawa sebagaimana anak-anak mengambil bagian dari daging dan darah, dia juga mengambil bagian dalam sifat yang sama, supaya melalui kematian dia dapat memusnahkan Iblis yang mempunyai kuasa maut.

Oleh itu dia perlu dijadikan sama seperti saudara-saudaranya, dalam segala hal (Ibrani 2:17 RSV), agar dia menjadi Imam Besar yang berbelas kasihan dan yang setia kepada Allah untuk mendamaikan dosa seluruh bangsa. Kerana dia juga telah menderita dan dicuba, dia dapat membantu mereka yang dicuba (lihat Ibrani 2:10, 11, 14-18). Maka Imam Besar yang kita punya, bukanlah imam besar yang tidak dapat turut merasakan kelemahan-kelemahan kita, namun sama seperti kita telah dicuba dalam segala hal, hanya tidak berbuat dosa (Ibrani 4:15).

Oleh kerana itu, bila menjelma sebagai manusia, Kristus sama seperti manusia dalam segala hal. Bagaimanapun, Kristus tetap dipenuhi ketuhanan (theotetos) iaitu intisari Tuhan (Kolose 2:9) kerana kualiti berbeza dari sifat (lihat Kamus The New Thayers Greek-English Lexicon dan di bawah). Keilahian atau kodrat ilahi ini juga tersedia untuk umat manusia supaya kita boleh memiliki sifat Tuhan (Kolose 2:10).

Maka kita mensahkan sifat tuhan Kristus.

3.2 Adakah sifat tuhan yang dikongsi bersama Kristus sebagai seorang manusia berbeza dari yang lain?

Jawapannya adalah tidak. Dia dijadikan sama seperti kita dalam segala hal (Ibrani 2:17 RSV) supaya kita menjadi waris-waris bersama dengannya (Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; Ibrani 6:17; 11:9; Yakobus 2:5; 1 Petrus 3:7).

3.3 Adakah kenyataan bahawa Kristus memiliki sifat atau kodrat ilahi (divine nature) bererti benda yang sama seperti memiliki ketuhanan (deity)?

Nampaknya jawapannya adalah tidak. Thayer mengatakan bahawa ketuhanan (theot) berlainan dari sifat tuhan (theiot) kerana intisari berlainan dari kualiti atau sifat (Thayers, halaman 288). Kepenuhan Ketuhanan berdiam secara jasmaniah dalam Kristus (Kolose 2:9). Maka ayat ini sepatutnya ditulis ketuhanan atau keadaan menjadi Tuhan. Maka ertinya adalah kepenuhan intisari Tuhan berdiam secara jasmaniah dalam Kristus. Kepenuhan atau intisari inilah yang diberikan kepada kita agar semua umat manusia dapat mengenakan sifat Tuhan yang baru (Kolose 3:10). Mereka bukan Yahudi dan bukan Yunani namun semuanya milik Kristus kerana dia ada dalam semuanya (Kolose 3:11). Dia menguatkan orang-orang melalui kuasa Roh Kudus, demi untuk menjadikan Tuhan semua dalam semua pada akhirnya (1Korintus 15:28 KJV; lihat juga Marshall’s Interlinear RSV; tidak seperti dalam NIV).

Adakah seorang atau dua Allah?

Ini mungkin pertanyaan yang salah. Alkitab jelas bahawa Allah Maha Esa hanya seorang saja (Yohanes 17:3; 1 Yohanes 5:20) dan bahawa Dia seorang saja yang abadi (1 Timotius 6:16). Yohanes 17:3 juga menyatakan bahawa Yesus Kristus adalah anaknya. Maka Kristus berbeza dari Allah Maha Esa yang satu-satunya abadi.

Oleh itu Alkitab mensahkan Ketunggalan Tuhan dan bahawa Allah Maha Esa adalah Bapa. Bapa ini dinamakan sebagai Eloah dari Perjanjian Lama (Amsal 30:4-5). Dia juga dipanggil Allah Mahatinggi (Kejadian 14:18; Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7). Dia berbeza daripada Kristus sebagai anak.

Ulangan 6:4 berkata Shema Yishrael Jehovah Elohenu Jehovah Ehad.

Ianya diandaikan, hanya oleh umat Kristian, bahawa teks ini, yang maknanya Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa merujuk kepada dua makhluk dan bahawa Elohenu merupakan terbitan dari perkataan plural ElohimElohim sendirinya adalah terbitan plural dari Eloah yang singular. Istilah Elohenu di sini adalah singular dan berhubungan hanya kepada Allah Mahatinggi, Eloah, iaitu Allah Bapa (lihat Amsal 30:4-5).

Tuntutan-tuntutan Trinitarian untuk teks ini tidak mempunyai dasar. Pembagian istilah Yehovah mempunyai dua penerapan seperti yang akan kita lihat kemudian. Komentar-komentar Soncino berkata tentang teks ini:

TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu Esa. TUHAN, yang sekarang adalah Allah kita dan bukan bangsa-bangsa lain, satu masa nanti akan diakui sebagai satu-satunya Allah [Rashi].Esa menandakan ‘Dia seorang’ adalah TUHAN [Ibn Ezra]. Teks itu mempunyai Allah kita kerana Dia melakukan keajaiban-keajaibanNya dengan Musa [Nachmanides]. Huruf-huruf akhir ayin dan daleth dalam perkataan Ibrani untuk dengar dan Esa ditulis dengan besar untuk menumpukan perhatian pada idea yang terkandung di dalamnya [Sforno].

Segala keajaiban yang dilaksanakan dengan Musa telah dilakukan oleh Malaikat Hadirat di bawah perintah Tuhan. Tiada seorangpun termasuk Musa pernah melihat Tuhan atau mendengar suaraNya (lihat Malaikat YHVH (No. 24) CCG, 1994). Penggunaan nama Yehovah adalah dengan delegasi. Terdapat dua bentuk Yehovah. Bentuk-bentuknya adalah SHD 3068 Jehovah (Yehovah) dan SHD 3069 Jehovih (Yehovih). Yehovah merupakan nama nasional Yahudi untuk Tuhan dan dituliskan sebagai TUHAN (the Lord). SHD 3069 digunakan selepas SHD 136 Adonai dan disebut oleh orang Yahudi sebagai Elohim demi untuk menghalang pengulangan bunyi yang sama seperti 3068 yang ditulis sebagai Adonai. Nama yang ditulis sebagai elohim ini adalah nama untuk Tuhan. Maka Adonai Yehovah adalah makhluk bawahan dan Tuhan nasional Israel. Yehovih Elohim adalah Allah dan Allah kepada Adonai Yehovah. Ini adalah pengertian Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9. Yehovah muncul kepada para nabi dan menyampaikan perintah-perintah dari Yehovih Elohim atau Yehovah Elohim. Mesias berdiri dalam nama Yehovah Elohim (Mikha 5:4). Ini adalah Tuhan Allah, Allah atau Allah Semesta Alam (Amos 3:13; 4:13; 5:14; dan seterusnya). TUHAN Semesta Alam telah mengutus Yehovah kepada semua bangsa. Ini jelas dari Zakharia 2:8-9.

Zakharia 2:8-9  Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu–sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya–: 9 “Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku.

Ianya jelas di sini bahawa Yehovah berbeza dari TUHAN semesta alam. Maka Yehovah Israel bertindak mengikut perintah Tuhan yang lebih tinggi.

Entiti di sini yang merupakan elohim Israel dijelaskan kemudiannya dalam Zakharia sebagai Malaikat Yehovah yang mengepalai keluarga Daud. Keluarga ini juga akan menjadi seperti Elohim.

Zakharia 12:8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka.

Perkataan untuk Tuhan di sini adalah elohim. Maka keluarga Daud akan menjadi seperti Tuhan seperti Malaikat Yehovah yang mengepalai mereka. Makhluk yang mengepalai keluarga raja ini, iaitu umat pilihan, adalah Mesias. Sesungguhnya Mesias dikenalpasti sebagai elohim dari Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9.

Lengkapnya silahkan baca disini